Sajakiri Production 2010
Siapamu, di lenaku
Senyumanmu, seindahnya
Sang pelangi, yang mewarna
Malam gelapku
Sekilasnya, pandanganmu
Mendamaikan, hati ini
Seumpama, laut biru,
Yang terbentang
Seluas-luasnya
Sayang, kaulah mimpiku yang sempurna
Tak ingin ku terjaga
Biar saja tidurku lena
Dibuaimu, selamanya
Hadirnyamu, di hatiku
Realiti, atau ilusi?
Tetaplah, kan di situ
Setia menanti
Kalu beradunya ku
Dan sayang, kaulah mimpiku yang sempurna
Tak ingin ku terjaga
Biar saja tidurku lena
Biarkan ku bahagia
Biar saja tidurku lena
Tak ingin ku terjaga
Review
Lagu ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang sedang tidur/koma, bermimpi bertemu dengan puteri impian/bunian dalam tidurnya. Tentunya, dia merasa lebih bahagia, berbanding alam realitinya. Dan tidak mahu dia terjaga dari lenanya yang panjang.
Secara peribadi, aku juga pernah jatuh cinta/bercinta dan bahagia pada ketika itu. Segalanya terlalu indah umpama mimpi. Ya, seperti mimpi jua, pada hujung ceritanya, kita merasakan segalanya akan berakhir. Ataupun sudah pun berakhir sebenarnya. Atau mungkin kita sendiri yang tidak mahu menerima kenyataan.
Untuk 'counter' lagu ini, aku ada mencipta lagu yang berjudul "Darah" yang liriknya sebegini :
"Bangunlah,
Bangkitlah dari mimpi yang tidak pasti,
Buangkan ia"
Mak aku cakap " wow, lirik ni memang kena betul dgn Nal."
Cool kan.
Bangkitlah dari mimpi yang tidak pasti,
Buangkan ia"
Mak aku cakap " wow, lirik ni memang kena betul dgn Nal."
Cool kan.