Sajakiri adalah projek muzik yang diasaskan oleh saya, Zainal Zulia, pencipta lagu bebas, pada awal 2010. Pada mulanya, Sajakiri hanyalah medium untuk saya berkongsi lagu-lagu ciptaan di Internet dengan kawan-kawannya (satu lagu baru setiap tengah bulan). Tapi memandangkan sambutan menggalakkan dari FB Fan Page Sajakiri, mula timbul idea untuk mengambil serius tentang projek ini.
Saya akan terus menerbitkan Satu Lagu setiap bulan untuk diperdengarkan dan menerima feedback. Dari situ kami akan dapat menilai kekuatan lagu tersebut serta potensinya. Saya attachkan video sebagai penyeri.
Dengan Fans SajaKiri berjumlah 3000++ telah menyemarakkan lagi semangat saya untuk membuat lebih baik. Dalam masa yang sama saya akan terus berekperimen dengan mengeluarkan lagu-lagu pelbagai genre.
Terimakasih diatas sokongan anda selama ini. Saya menyeru supaya anda memberi komen yang membina kepada saya ; apa yang patut saya dengar/buat untuk memastikan lagu-lagu kami bermutu, menghibur dan malar segar.
Kini SajaKiri Music melangkah setapak lagi menjadi Music Production Company.
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah mencipta, gubahan dan penerbitan lagu.
(Song composition, arrangement & production)
Di sini saya berhajat untuk menerbitkan lagu-lagu secara professional. Secara jujurnya, saya tidak tahu bagaimana mahu bermula, kecuali dengan cara ini.
Intan Sarafina adalah artis tersohor yang pertama merakamkan lagu ciptaan saya, "Syorgaku". Insyallah akan direlease di radio-radio pada tahun ini (2011). Saya mengharapkan lebih banyak lagi artis, tidak kira ternama atau tidak, menerbitkan lagu bersama saya.
Trivia : Sajakiri adalah terdiri dari 2 perkataan ; Sajak + Kiri. Sajak bermaksud seni, manakala Kiri bermaksud ‘hasil kerja saya’ kerna saya seorang kidal.